Tahun 1431H dan 2010 M

31 Disember 2009


Masa yang berlalu sudah berlalu dan biarkan ia berlalu kerana yang akan lalu harus diberi laluan. Tahun yang bersilih ganti saban waktu akan sedikit sebanyak menyedarkan manusia yang segar akalnya akan kehilangan usia yang diperuntukkan di dunia ini. Dunia dah melambai kubur pun melambai. Dunia akan ditinggalkan kubur akan menjadi tempat tinggal, sementara menuju ke destinasi pasti yang bercabang dua. Di penghujung simpang itu pastinya tiada lampu isyarat lagi yang mengarahkan kita maju atau berhenti. Di sana kita yang ikut haluan sendiri dengan panduan-panduan yang telah diberikan sejak di awal perjalanan lagi, semasa di dunia.
Mungkin coretan ini tidak sesuai dan enak dibaca oleh orang yang sedang berseronok menyambut tahun baru Masehi 2010 di tempat-tempat kiraan "countdown" atau di rumah depan TV. Sedangkan ketika awal Muharram lalu tiada pun acara rancak seumpama yang berlaku ketika detik 12 tengah malam 1.1.'10. Kehairanan ini tidak perlu disangsikan lagi kerana hakikat sudah ada di depan mata.
Tinggal lagi bagi kita yang sedar iman, tepuk dada tanya iman di hati. Ke mana hendak membawa diri. Jalan bahagia yang dipilih dan dilalui atau jalan merana yang dipilih dan dilalui. Semoga kita selalu beringat. Oleh itu berilah laluan kepada yang ada di kanan anda.

Cuti Sekolah Dan Kenduri

10 Disember 2009


Sekarang musim cuti sekolah akhir tahun. Aktiviti mengajar direhat buat sementara waktu, cuma mengisi hari-hari cuti dengan persiapan untuk persekolahan tahun depan. Ana bercuti di kampung rumah orang tua dekat Pendang. Di sana tiada kemudahan internet kecuali di CC aje. Oleh itu blog ini jarang dibuka jauh sekali untuk dikemaskini. Kesempatan hadir ke sekolah untuk bertugas di musim cuti ini dimafaatkan dengan mengisi apa yang patut di blog ini.
Musim cuti sekolah adalah sinonim dengan musim kenduri kahwin. Agaknya sudah menjadi budaya rakyat Malaysia mengadakan kenduri di waktu cuti persekolahan. Dalam tengah tahun dan hujung tahun, banyak sekali bunga manggar terpacak di persimpangan jalan, khususnya tiang-tiang lampu isyarat yang selalu jadi mangsa. Apa pun,musim ini juga la musim yang bertuah kerana tak perlu susah-susah masak atau beli masakan di kedai, dapat 'save' bajet dah sikit. Pun begitu dalam kita menghadiri kenduri pasang la niat betul-betul. Banyak yang akan dapat faedah lebih dari 10 pahala.
Antaranya niat ziarah,menyambung silaturahim,menyahut seruan,dan lain-lain. Jemput datang rumah kami untuk kenduri walimah adik ana. Pada 19.12.2009 ini hari Sabtu,di alamat No. 154 Kg. Batu Hampar Kanan, 06700 Pendang, Kedah.

Semua Kembali Kepada Allah Yang Satu

13 November 2009

Kita mengakui dalam i'tiqad aqidah ahli sunnah wal jamaah bahawa semua perkara adalah bersumberkan daripada Allah yang bersifat Wahdaniah. Dan setiap perkara itu akan kembali kepada Allah semula.
Cuba lihat salah satu contoh mudah dalam video di bawah:-


Musim Imtihan

12 November 2009

Selesai sudah peperiksaan akhir tahun di sekolah. Penyerahan markah pun sudah. Tiba pula giliran program-program hujung tahun. Memang cukup memeningkan kepala dan tenaga untuk dikerah. Ana kekadang pada minggu-minggu terakhir ini hanya beberapa hari je yang ada di sekolah. Selang beberapa hari kena ikut arahan pergi ke kursus itu ini. Maklumlah, masa pun dah nak habis mengaji dan nak tutup sekolah. Duit peruntukan perlu dihabiskan ke tahap yang disarankan. So, buat la apa pun sebab "saya yang menurut perintah".
Cerita pula hal MA, sekarang la masa imtihan akhir fasal 1. Kelmarin madah Tafsir, sebelum ini 7.11.09 ialah madah Tauhid. Ada lagi satu madah pada 16.11.09 iaitu madah Bahs al-Ilmi wa Kitabatuh.

Minggu Peperiksaan

26 Oktober 2009

Bermula Ahad 25 Oktober 2009 Peperiksaan Akhir Tahun dijalankan serentak untuk semua kelas. Peperiksaan ini akan berakhir pada 29 Oktober 2009.

Syawal Selepas Ramadhan

06 Oktober 2009


Selamat Hari Raya Idulfitri diucapkan kepada semua pengunjung blog. Rasanya ucapan itu patut ditaip beberapa minggu sebelum ini di sini. Namun apa yang tersurat dari Luh Mahfuz dah ditentukan bahawa masa ini barulah Lutfi dapat mengisi ruang blognya dengan perkataan seumpama itu.

Tika ini mungkin ada di kalangan sahabat yang telah selesai puasa enamnya, dan telah "beraya" kali kedua. Namun bagi yang belum sempat habisinya, macam ana, masih berbaki lagi beberapa hari dalam Syawal. Jadi, tanam niat dan genggam usaha untuk mendapat ganjaran pahala setahun berpuasa.

Dalam kesibukan meniti hari-hari di penghujung sesi persekolahan 2009 yang hanya tinggal +/- 50 hari lagi, tugas yang diamanahkan perlu dibereskan sebaik-baiknya. Antara perkara yang mengekori di belakang ana kini ialah kena buat Laporan SPPICTS KPM , Laporan Kem Literasi Al-Quran, Laporan Kerosakan Peralatan ICT sekolah dan Ujian PKSR BA 2009 dari tahun 1-4 murid j-QAF.

Di sini ana sertakan link untuk sahabat-sahabat guru j-QAF BA download soalan akhir tahun. Khas untuk perlaksanaan ujian PKSR Oktober ini. Ana dapat link ini dari www.j-qaf.net dan blog SK Bandar Rinching. Sila klik link ini. Wassalam.

Ramadhan Bulan Al-Quran

08 September 2009


Berpuasa sehari dua ni terasa agak penat kerana cuaca panas berterusan. Sambil merehatkan diri selepas kelas Tasmik, selain menunggu isteri di perhentian bas pulang dari sekolah ana hidupkan radio di dalam kereta. Ana mempunyai satu celoteh untuk dikongsikan bersama pembaca. Celoteh yang akan ditulis di bawah ana dengar dalam siaran Radio Malaysia Kedah FM yang ke udara antara jam 1.30-2.30 ptg tadi, "live" daripada seorang ahli panel Forum Ramadhan di Surau INSANIAH. Ana nukilkan di sini mafhumnya saja, bukan riwayat secara mutawartir "harfan biharfin" ye. Sama-sama kita amati.

Celoteh satu :

Lokasi di Kedah. Ada seorang pakcik hairan apabila dia mendengar penceramah memberitahu bahawa Imam Syafie khatam al-Quran di bulan Ramadhan sebanyak 60 kali. Dia bertanya ustaz penceramah itu.

Ustaz
: Jadi, pada bulan Ramadhan kita digalakkan memperbanyakkan baca al-Quran dan khatamkannya sebanyak yang kita mampu.
Pakcik : Ustaz, awat kena khatam banyak kali? Boleh ka?Sekali tak boleh ka?
Ustaz : Memang kena khatam banyak kali. Yang sekali tu khatan. Hak tu kena sekali ja la.
Pakcik : .....

Selamat Berpuasa dan Menghidupkan Ramadhan.

Ramadhan Yang Mulia

04 September 2009


Salam rahmat, keampunan dan kebebasan dari api neraka. Setiap kali bertemu Ramadhan pasti isi tulisan dan harakat qalbiah setiap sanubari Muslim akan berkisar tentang Ramadhan dan puasa. Hal ini dapat dibuktikan jika anda melawat blog-blog rakan-rakan Muslim di seluruh dunia pasti terdapat posting mengenai Ramadhan.
Dan ana juga tidak ingin melepaskan peluang keemasan kali ini. Cuma yang membezakan antara kita ialah persepsi tentang bulan puasa itu sendiri. Ana ingin bawa pembaca menghayati Ramadhan dari segi kemuliannya dan ketinggian martabatnya berbanding lain-lain bulan. Kemuliaan Ramadhan disaksikan oleh Quran ( rujuk al-baqarah : 183-186) dengan Nuzul Quran dan syari'at puasa. Ketinggian bulan ini disebut-sebut dalam beberapa hadith Nabi S.A.W. seperti maksud hadith: "Ramadhan di awalnya rahmat, di pertengahannya keampunan dan di akhirnya kebebasan daripada api neraka.". Cuba lihat karikatur di bawah yang tersurat dan tersirat.

Harga barangan di bulan Ramadhan.

"Kerana bulan ini tinggi (martabat) di sisi kita,
secara otomatik barangan pun kena naik harga juga la..!!"

Itu la antara senario setiap Ramadhan yang lepas-lepas. Tahun ni harap-harap harga barangan tidak la membebankan pengguna. Apa pun, kita perlu tinggikan kualiti amalan kita selain mengikhlaskan segalanya Lillahi Ta'ala.

من صام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه

Sesiapa puasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan berkualiti diampunkan
dosa-dosanya yang lepas.

19 Ogos 2009

Sejak mula masuk kembali ke alam belajar secara formal, rasa macam diri ini disapa oleh keteringinan mendampingi kitab-kitab. Sekian lama juga kitab-kitab yang ada di almari menjadi khazanah ilmu fi sutur. Tiba masanya ana berteman dengan sahabat setia itu secara lebih kerap dan akrab.
Baru hari pertama ke kuliah pada Sabtu lepas sudah ada satu bahs yang terhutang selain satu lagi bahs tajuk terbaru -agak mafhumnya begini "Dalil-dalil penafian Allah mengambil ruang/keberadaan di suatu arah". Bermula dari detik ini, enjin otak perlu dipanaskan mencari maklumat. Tak kira daripada sumber turathi mahupun kontemporari.
Seronok kerana dapat merasai keenakan menuntut ilmu, selain itu diri juga rasa tercabar kerana kekangan masa dan geografi. Mana tidaknya, pusat pengajian di Alor Star sedangkan ana tinggal di nun pelusuk Baling. Namun menjadi harapan agar hati ni sentiasa bersemangat. Terima kasih diucapkan kepada suri hatiku yang memahami situasiku, juga Widad yang seolah-olah selalu memotivasikan diriku. Terima kasih jua kepada sahabat-sahabat yang terus-menerus mendoakan kami. Syukran wa jazakumullah khairan.

Perkembangan Sensitiviti H1N1

18 Ogos 2009

Sejak beberapa hari terkebalangan ini SK Kg. KEDA melalui beberapa peristiwa yang berkaitan dengan isu hangat sekarang, H1N1. Pada hari Khamis yang lalu (13.08.09) seramai 17 orang murid mengalami demam biasa dan selsema. Kesemua mereka telah dirawat oleh sepasukan pegawai perubatan daripada Klinik Kesihatan Parit Panjang. Keadaan mereka stabil.
Hari ini satu lagi langkah proaktif pihak pentadbiran sekolah telah menjemput penceramah daripada Hospital Baling, En. Radi. Sesi ceramah bermula jam 8.30pagi-9.30pagi melibatkan semua warga SK Kg. KEDA. Ceramah tersebut berkisar tentang penyakit influenza H1N1 dan langkah-langkah pencegahannya.
Murid bersurai ke kelas masing-masing selepas program itu. Peperiksaan bulanan diteruskan seperti jadual yang dirancangkan. Terima kasih kepada pihak Hospital Baling, para guru dan mereka yang terlibat menjayakan program tersebut.

15 Ogos 2009


Hari ini permulaan kehadiran ana ke Kuliah Usuluddin KUIN belajar kelas pengajian post-garduate secara part time. Setelah sekian lama berazam menyambung pengajian, kini Allah telah memberi peluang kepada ana.
Di kuliah ana bertemu semula rakan-rakan lama yang pernah dahulu menuntut ilmu di Al-Azhar Cawangan Mansurah. Antara mereka ialah Us. Roslizam&zaujahnya, Us. Faizul dan beberapa rakan dari graduan Al-Azhar muhafazah lain.
Kelas bermula jam 8.30pagi setiap Sabtu dan berakhir jam 6 petang. Pengajian meliputi madah Tafsir,Aqidah dan al-Bahth al-Ilmi wa Kitabatuh.
Selepas menghadiri muhadarah pertama itu, terasa kembali aura belajar di Mesir dulu-dulu. Mengamati setiap patah kata Arabiah yang keluar dari mulut doktor membuatkan diri ini terkenang masa lalu ketika menimba ilmu di Bumu Anbiya'.
Jom rakan-rakan kita hidup dalam belajar.

اطلب العلم من المهد إلى اللحد

KEMBALI KE RAHMATULLAH

29 Julai 2009


Petang tadi ana mendapat panggilan telefon daripada ust. Imran Lamree (SK Binjul) mengkhabarkan satu berita. Dia memaklumkan bahawa En. Abu Jalil mantan pensyarah kami di IPDA telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pagi tadi. Beliau berjasa kepada kami khususnya sewaktu kami menghadiri KISSM di IPDA.
Terpanggil untuk mendapat berita yang jelas dan pasti ana melayari web-web berita tanah air. Ucapan takziah dari ana sekeluarga kepada keluarga allahyarham. Antara akhbar yang menyiarkan berita tersebut ialah Sinar Harian Onlie dan Bernama serta laman IPDA sendiri. Di sini ana memetik berita dari BERNAMA :

28 Julai, 2009 23:14 PM

Dua Maut, Tiga Parah Kereta Bertembung Motosikal Di Machang

MACHANG, 28 Julai (Bernama) -- Dua maut manakala tiga cedera parah apabila sebuah motosikal yang ditunggang seorang remaja hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh sebuah kereta yang dinaiki tiga beranak dalam kejadian di Kilometer 3.1 Lebuhraya Machang-Pasir Puteh di sini, awal pagi Selasa.

Pemangku Ketua Polis Daerah Machang ASP Loo Lian Lay berkata kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi itu meragut nyawa penunggang motosikal jenis Yamaha 125 Firdaus Mohd Nor, 18, dan pemandu kereta jenis Perodua Myvi Abu Jalil Hassan, 57, yang merupakan seorang pensyarah.

"Mangsa yang cedera parah pula adalah seorang lagi penunggang motosikal yang dipercayai sahabat kepada Firdaus iaitu Mohd Nor Musa, 20, isteri kepada pensyarah terbabit, Norany Johari, 55, dan anak mereka, Nurul Amirah, 17, yang berada dalam kereta Myvi itu.

"Dalam kejadian itu, Mohd Nor dan Firdaus yang datang dari arah Machang ke Pasir Puteh dipercayai berlumba dan menunggang motosikal mereka dalam keadaan laju sehingga hilang kawalan lalu sebuah motosikal bertembung dengan kereta Myvi terbabit yang datang dari arah bertentangan," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata Mohd Nor bernasib baik kerana motosikal yang dipandunya terbabas ke bahu jalan manakala motosikal yang dipandu Firdaus, bertembung dengan kereta yang dipandu Abu Jalil menyebabkan berlaku pertembungan yang kuat sehingga kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian.

"Firdaus tercampak sehingga masuk ke dalam kereta Abu Jalil dan putus sebelah kaki," katanya.

Loo berkata ketika kejadian, Abu Jalil yang merupakan tenaga pengajar Institut Perguruan Melayu Kampus Darul Aman, Jitra, Kedah itu dikatakan dalam perjalanan ke Terengganu untuk berkursus.

Firdaus dan Mohd Nor merupakan penduduk tempatan berasal dari Kampung Kolam Abu dekat sini.

Beliau berkata mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Machang untuk dibedah siasat manakala ketiga-tiga mangsa yang cedera parah dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab Dua (HRPZII) di Kota Baharu untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, seorang rakan Firdaus, Azmi Ismail, 24, berkata sebelum kejadian itu, Firdaus ada datang ke rumahnya semalam bagi meminjam motosikal Azmi untuk balik ke rumahnya yang terletak di kampung yang sama.



"Pada mulanya saya tak mahu bagi, tetapi dia beria-ia memujuk menyebabkan saya kasihankannya lalu meminjamkan motosikal saya kepadanya memandangkan malam tadi hujan dan ini kali pertama dia nak pinjam motosikal daripada saya.



"Sebelum dia balik ke rumahnya, dia peluk saya erat-erat dan selepas beberapa minit dia berlalu, dia telefon semula beritahu akan hantar motosikal saya hari ini sehinggalah pagi tadi ada rakan menelefon dan memberitahu motosikal saya yang ditunggang Firdaus terbabit dalam kemalangan," katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Daerah Machang, di sini.

-- BERNAMA

AWAS ! Kerja di Hadapan!

25 Julai 2009



Ayat tajuk di atas biasa kita jumpa di tepi-tepi jalan yang sedang dibaiki. Tapi nukilan ini bukan untuk tujuan itu. Setelah beberapa kali berfikir, keputusan mengubah penampilan blog telah dibuat. Hari ini adalah percubaan pertama.

Memang kebiasaan lumrah, kita kena berubah walau pun sedikit. Sama ada ke arah negatif mahupun positif. Bak kata-kata Imam al-Syafie "air yang tenang bertakung akan rosak busuk kerana ia tidak mengalir". Apapun yang penting perlu diingat...kerja kita masih banyak di hadapan.

Jumpa lagi di lain siaran. Jaga diri hiasi peribadi.

22 Julai 2009


Jam 8.28 pagi ini, berlaku satu fenomena gerhana matahari di sekitar Negeri Kedah dan Malaysia serta kawasan yang terletak dalam laluannya.
Ana dan beberapa orang rakan-rakan yang berkursus di sini sempat menyertai aktiviti solat gerhana di masjid berdekatan. Solat gerhana selesai pada jam 9.26 pagi. Antara isi khutbah solat gerhana tadi ialah kejadian gerhana seperti ini berlaku secara falakiah dan berulang-ulang mengikut kiraan kalendar qamariah. Jadi ia tiada kaitan dengan apa-apa bala bencana atau kejadian buruk lain. Semuanya berlaku atas kehendak Allah Yang Maha Kuasa. Kita dituntut supaya bersolat dan berdoa ketika berlaku situasi seperti itu.

Hati-hati Musim Selsema.

10 Julai 2009

Sekarang cuaca tidak menentu. Suasana persekitaran di sesetengah tempat sudah tercemar oleh H1N1 (selsema b_b_). Ketika melayari laman-laman berita, ana terbaca satu kenyataan kesihatan yang terkini berkaitan selsema khususnya di kalangan kanak-kanak.
Sebahagian daripada kenyataan di dalam Malaysiakini:

Kebanyakan ubat batuk dan selesema tidak sesuai digunakan bagi kanak-kanak berumur bawah dua tahun, demikian penemuan terbaru Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) Kementerian Kesihatan.

Susulan itu, Bernama melaporkan, PBKD memutuskan untuk mengehadkan penggunaan produk untuk merawat batuk dan selesema bagi kanak-kanak, kata Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Eisah A Rahman.

Amaran keselamatan seperti "Tidak sesuai digunakan di kalangan kanak-kanak yang berumur di bawah dua tahun" dan "Digunakan dengan berhati-hati dan mengikut nasihat doktor/ahli farmasi bagi kanak-kanak yang berumur di antara 2 hingga 6 tahun" wajib dinyatakan dengan jelas pada label dan sisipan bungkusan produk berkaitan, katanya dalam satu kenyataan.

Produk-produk terlibat adalah sediaan cecair melalui mulut yang mengandungi antihistamin (seperti Brompheniramine, Chlorpheniramine, Clemastine, Dexbropheniramine, Diphenhydramine, Pheniramine, Promethazine dan Triprolidine), antitusif (seperti Dextromethorphan dan Diphenhydramine) dan dekongestan (seperti Ephedrine, Phenylephrine dan Pseudoephedrine) yang digunakan untuk rawatan batuk dan selesema.


Sila baca selanjutnya di sini.

KDP - Kursus Dalam Perkhidmatan

01 Julai 2009

Sudah lama tidak mengemaskini blog ni. Rasa-rasa kalau blog ni bleh meluahkan perasaan mungkin dia akan merajuk daripada ana sebab lama dah tak update. Maaf lama menyepi hanya sekadar sempat singgah blog, baca dan tutup.

Hari ni baru terkesan untuk menukil catatan aktiviti terkini. Sekarang ana diarahkan menghadiri Kursus Dalam Perkhidmatan Pembestarian Sekolah selama 4 minggu bermula 28 Jun - 28 Julai 2009. Kursus ini diadakan di Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan, Sungai Karangan, Padang Serai, Kedah. Alamat web di sini

Di sini kami didedahkan pelbagai input yang penting berkaitan dengan pembestarian sekolah. Memang menarik pembelajaran bestari alaf ke-21 ni.

Kegemaran Widad

31 Mei 2009

Umur puteri kami Widad Aufa sudah masuk bulan ke-3. Em,dah besar sikit dan pandai membalas senyuman dan tawa. Antara yang menakjubkan kami ialah dia amat terkesan dengan satu nasyid Arab yang didengar melalui saluran Youtube.
Cuba tonton nasyid kegemaran Widad

-sebelum tonton sila pause nasyid d sebelah kanan-



Seterusnya akan di-update lagi...sabar.

Data e-Pelaporan j-QAF 6 Bulan Pertama

26 Mei 2009

Musim pengisian data j-QAF sudah bermula. Tahun ini proses mengisi data dijalankan seperti tahun-tahun lepas dari segi format dan masa. Harap-harap kali ini tak buat kepala kita pening lagi dek terkapai-kapai di depan screen komputer atau laptop.

Perkembangan selanjutnya akan menyusul...

Selamat Hari Guru

17 Mei 2009







Hari ini 16 Mei merupakan hari guru yang disambut oleh warga pendidik saban tahun. Hari guru sebenarnya perlu diraikan oleh seluruh umat manusia. Kerana apa? Kerana setiap manusia yang dilahirkan seawal usia bayi sehingga tua bongkok 7 pasti pernah mendapat didikan dan asuhan daripada insan bergelar GURU.
Oleh itu, marilah kita sama-sama mengenang balik masa lalu. Berdirinya kita di atas pentas kemewahan, duduknya kita di atas kerusi empuk dan macam-macam lagi keadaan kita, ingatlah semua itu bermula daripada tidak tahu kepada tahu. Daripada lidah seorang guru ilmunya melimpah. Daripada rotannya kasihnya dicurah.
Ana doakan kepada semua guru ana yang masih hidup mahupun yang telah meninggal pergi ke alam baqa' semoga Allah memberkati diri kalian dan menjadikan amalan mulia kalian sebagai "ilmun yuntafa'u bihi" ( علم ينتفع به ) yang ia saham yang tidak putus-putus pahalanya dari dunia ke alam akhirat.

GURUKU JASAMU KU KENANG.

Nur Widad Aufa

25 April 2009

Salam kembali kepada hamba Allah yang mengirim salam kepada kami dengan lafaz " Waalaikumussalam ". Terima kasih dan selamat menatap gaya si kecil ini.


Rambut dicukur oleh seorang bidan.

Berwajah baru

Tidur adalah aktiviti utama,jangan tiru Widad tau ;)

Ceria gembira apabila perut kenyang :)

Merenung masa depan.

Inilah Tok Ma yang disayangi.

Makcik saya ni, saya akan panggil Cek Su bila boleh bercakap nanti.

Tak sabar-sabar nak berjalan.

"Pakai tudung ketika berada di luar rumah",abi&ummi pesan.

Alhamulillah...

22 April 2009

Ketika blog ini ditulis ana berada di rumah berdepan PC yang masih terbuka penutup tepinya dengan wayar yang berserabut kat dalamnya. Sedang menguji kestabilan perkakasan yang baru dibeli kelmarin kat Central Square Sungai Petani.
Antara benda yang dibeli pada permulaan masuk kedai komputer; Mainboard Biostar P4M800 PRO-M7 (160.00), A-Data 1Gb. DDR2 667 (49.00), Rambo P4 Prescott ATX PSU (45.00) dan Wireless USB Adaptor beli kat kedai lain (58.00). Siap dapat barang ana minta juru jual tu test ngan Processor Intel P4 yang ana bawa sekali. Tiba-tiba kipasnya buat hal la pulak, tak hidup. Kena beli kipas satu lagi jenis Alpha LGA 775 Fan (40.00). Kira-kira duit semua dalam RM 294.00 di kedai tu saja. Tambah yang kedai satu lagi jadi la hampir RM350.00 juga modal yang dikeluarkan.
Apa pun syukur alhamdulillah la, dapat juga online internet malam ni. OK ini dia rupanya:-

Blog "bernafas" semula :)

16 April 2009

Alhamdulillah sejak sekian waktu blog ana tak ter-update. Antara halangan yang dilalui ialah kesibukan dengan tugasan semasa ditambah pula baru2 ini suatu kejadian tak diduga telah berlaku. Dalam cuaca hujan lebat kilat sabung-menyabung pada suatu petang, tiba2 "PANG!!!" bunyi kuat akibat kilat telah merosakkan rangkaian komputer & USB Wireless Adaptor yang ana guna ketika itu...habis rosak.
Ana telah memulakan siasatan dan dapati PC mengalami kerosakan pada Power Supply dan Motherbord (ASUS). Satu lagi ialah USB Wireless Adaptor tu la. Anggaran belanja yang diperlukan ialah RM 270.00 lebih kurang. Setakat tulisan ini ditaip, komputer di rumah masih tersadai di bilik. Masa ni ana online internet di sekolah je.
Sementara itu, puteri ana sorang tu semakin hari semakin ceria. Sudah pandai senyum dan beri respon yang aktif. Minum susu ibu je, susu formula tak berapa suka nampaknya. Setiap hari mesti terdengar suara manjanya ataupun suara tangisan yang merdu,hehe. Baru tau ada anak tu macam mana rasanya. Mudah-mudahan dia menjadi seorang anak yang solehah sebagai penyejuk hati ibu bapa.
Rasanya setakat ini dulu bual bicara sepi blog. Jumpa lagi dalam masa yang diizinkan Allah. ;)

Sinar Baru Hidup Kami

11 Mac 2009


Nur Widad Aufa

Setelah sekian waktu menanti kehadirannya dia muncul jua. 25/2/2009 jam 11.41 malam di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani Kedah. Tarikh itu bersamaan 1 Rabiul Awal 1430 Hijriah...bulan Maulidur Rasul kita. Syukur pada Allah kerana memberi anugerah ini.

Maaf kerana buat anda ternanti-nanti kemunculan wajahnya di layar blog ni. Ini lah dia permata hati kami sekeluarga...

Ade lagi...
Dalam wad lagi
Dalam wad di hari pertama.

Sayalah juara
Sayalah juara.

Belajar pakai tudung
Belajar pakai tudung ni.

Tidur sat no
Tidur sat nooo.

Masuk sikit-sikit dulu. Nak tengok lagi datang la ke rumah... :-)

Sukantara 2009 Bermula

04 Februari 2009

Jam 4.00 petang tadi telah berlangsung acara sukantara yang melibatkan Rumah Kuning dan Rumah Merah. Tiga acara sukan dilangsungkan seperti larian, lontar peluru dan lompat jauh. Dalam perkiraan kasar, Rumah Kuning sedang mendahului kutipan mata. Hal ini dibantu oleh kehadiran peserta rumah yang lebih ramai daripada Rumah Merah.

Mari kita lihat aksi-aksi murid SK Kampong KEDA ketika bahang panas mentari.




Hujan Pagi

25 Januari 2009

Alhamdulillah syukur pada pagi ni hujan turun sejak sekian hari cuaca agak panas. Di tempat lain mungkin sebaliknya pula. Semuanya terjadi sarat dengan hikmah Allah.

Pagi ni selepas buka Yahoo Messenger terdapat mesej yang ditinggalkan oleh seorang kawan di Mesir. Ia berkaitan sedikit bingkisan dari krisis pejuang Palestin dan kuffar Israel. Ana fikir ianya fakta yang perlu dikongsi bersama dengan orang ramai. Justeru itu,ana dah masukkan laman tersebut di bawah kolum "Laman Alternatif".

Mesej dari Mansurah;

"salam. Betapa Islam memuliakan Quds dan Aqsa. Namun Yahudi telah merampas dan menghinanya. Apakah kemulian dan kelebihan quds? Apakah bentuk penghinaan Yahudi dan ziaonis terhadap Quds dan Aqsa. sila lihat http://akhisalman.blogspot.com/ perkara yg perlu diketahui oleh semua umat Islam. sebar pd sume.tq"

"Dalam kesempatan terbatas ini, ana sekadar dapat memberitahu dengan harapan kita semua tidak tejebak dalam perangkap media dan propaganda media tajaan zionis yang menguasai dunia hari ini dalam semua dimensi.Terbaru ialah perjanjian antara Israel dan saluran popular internet, ''youtube'' untuk memadamkan sebarang paparan video atau info mengenai Palestin khasnya tragedi Gaza. Bagaimanapun, pihak Hamas telah berusaha mewujudkan alternatif kepada 'youtube' tersebut dengan alamat berikut http://palutube.com/ sama juga dengan alternatif yang diusahakan oleh Ikhwanul muslimun iaitu http://ikhwantube.com/ Sebarkan"

Tolong-menolong sebelum anda ditolong.

24 Januari 2009

Sudah beberapa hari ana hanya menjenguk blog tanpa tergerak jari-jemari untuk melakar buah-buah fikiran. Sedangkan ada perkara yang ingin diutarakan. Antara lain adalah krisis saudara seagama di Palestin yang kini kian dihimpit ke penjuru rekahan dan runtuhan imarah yang masih "berbara api dendam". Kelibat para petugas kesihatan membantu kanak-kanak yang berlumuran darah dapat dilihat hari-hari melalui saluran TV. Sana-sini orang berdemo, sana-sini ada juga yang hulur sesen-dua. Begitu lah sepatutnya kerana umat Islam ibarat satu jasad. Anggota mana yang sakit semua yang lain akan terasa ingin meredakan kesakitan tadi. Justeru, buat apa juga yang termampu sama ada gerak hati,doa,harta,diri mahupun nyawa. Semestinya ada ganjarannya.

Bermula Jumaat lepas sekolah bercuti selama 9 hari sempena Tahun Baru Cina, buka semula pada 1/2/2008. Hari tu juga ana diajak menemani rakan ke Sungai Petani, sepesifik lagi...beli mini laptop & notebook. Pantang diajak pukul 4 petang lebih bertolak dari Baling ke SP. Akhirnya dapat la apa yang dicari setelah hampir 4 jam mundar-mandir survey barang yang paling puas hati dari segi harga dan kualiti. Rancang-Pilih-Beli.

Malam ni,dah hampir tegang urat belakang menggodam laptop baru ni sejak tengah hari tadi. Ingat kan dah setel pasang Win XP kira boleh hantar kat tuannya. Tapi Allah nak bagi tambah sikit ilmu IT. Masalahnya ialah pada driver yang disertakan dalam CD hanya untuk Win Vista aja. Akibatnya, banyak komponen yang tak "berjalan". Jenuh ngadap PC cari driver&program yang berkenaan. Nasib baik ade rangkaian wireless perkongsian dari rumah jiran. Dapat la testing buka blog dan update-kan dengan laptop baru ni. Acer Aspire 4730z.

Seminggu Kemudian

10 Januari 2009

Sesi persekolahan di Kedah telah dibuka secara rasmi pada 4 Januari baru-baru ini.Suasana "freshy" kelihatan pada semua wajah yang hadir waima guru waim murid. Bersinar-sinar keputihan pakaian anak-anak murid diserikan dengan senyuman keseronokan. Macam tahun-tahun lepas juga,acara yang paling digemari oleh murid sekolah rendah ialah lari dan bercakap,tak kira di mana sama ada nak ke kantin atau waktu pulang serta waktu luang yang lain.
Itu kisah murid,ini pula cerita guru. Mesyuarat hampir setiap hari sampai melewati jam 3.00 petang.Maklum la,banyak aktiviti yang akan dilaksanakan tahun ni. Di samping kesibukan ber-P&P, sms datang dari kawan-kawan lama dan baru. Antara mafhum dari sms itu ialah "enta ada tak SP,HSP,RPT BA?" dan "nak HSP PI bleh?.Jadi mana yang dekat dengan ana dapat la copy terus dari pendrive. Persolannya dari mana ana dapat SP,HSP,RPT dan yang sewaktu dengannya? Mana lagi kalau bukan dari internet yang anda tengah layari ini la. Berulang-ulang dijelaskan kepada mereka yang berkenaan,ana download semua bahan-bahan tu yang dah "siap dihidang" dari sumber yang ana dah bagi. Namun ade lagi yang bertanya. Jadi atas dasar perihatin kepada sesiapa yang ingin bahan-bahan tersebut sini ada ana tolong bawakan direct link ke tempat yang dituju.

Daripada Gema Islam :
SP+HSP BA dan PI boleh ambil di sini

Sumber daripada j-QAF.net :
RPT BA Tahun 1-5
Tahun 1
Tahun 2
Tahun 3
Tahun 4
Tahun 5

Sumber daripada SK Teluk Lipat,Endau,Johor.
RPT BA 1-6

RPT PI 1-6

Diharapan sedikit bantuan ini dapat meringankan sediki beberapa tugas berat sahabat-sahabat yang nak cari bahan tersebut, khususnya mereka yang akan praktikum tidak lama lagi. Wassalam.

Tahun 2009 Datang Juga

01 Januari 2009



Pagi ini adalah hari pertama dalam kalendar Masihi bagi tahun 2009. Kebiasaannya saban tahun baru yang menjelang diraikan dengan acara "count down" jam 12. Namun tahun ini Kerajaan kita mengambil langkah untuk tidak meraikan tahun baru sepertimana tahun-tahun sebelumnya. Satu pendekatan baru yang agak positif pada pandanagan ana. Namun di waktu yang sama ada juga pihak lain yang menganjurkannya di Dataran Merdeka semalam. Heh,apa nak buat dah namanya hiburan kebanyakan orang suka. Apa pun di kejauhan utara tanah air peristiwa sedemikian turut berlaku. Semalam kedengaran beberapa dentuman mercun berdekatan. Pusing tengok jam di dinding rupanya dah melewati 12 malam. Patut la bunyi bising di luar sana.

Walau bagaimanapun, di satu sudut benua sekarang situasinya berlainan sekali. Suasana bising juga tapi bising oleh bedilan roket dan bom serangan tentera Zionis. Saudara kita di Palestin dalam kesusahan. Marilah bersama kita doakan agar kekejaman itu berakhir dan mereka dapat merasai kehidupan seperti yang diinginkan.

Semoga kita sentiasa diberi hidayah Allah dalam menjalani kehidupan sebagai khalifahNya di dunia ini. Beberapa hari perlu bertugas semula memikul tanggungjawab besar di bahu.

Selamat bertugas kepada semua guru Malaysia.