Semua Kembali Kepada Allah Yang Satu

13 November 2009

Kita mengakui dalam i'tiqad aqidah ahli sunnah wal jamaah bahawa semua perkara adalah bersumberkan daripada Allah yang bersifat Wahdaniah. Dan setiap perkara itu akan kembali kepada Allah semula.
Cuba lihat salah satu contoh mudah dalam video di bawah:-


Tuhan itu sememangnya satu iaitu 'Huwallahu Ahad'. Mengikut pengiraan matematik kita dapat membuktikan Allah itu sememangnya satu.Ini adalah salah satu penemuan yang terulung pernah dijumpai. Dengan menggunakan kalkulator biasa anda boleh mencuba bukti berkenaan Allah Yang Satu.
Dalam pengiraan menggunakan kalkulator, berapa nombor yang anda tekan ianya akan memberi jawapan yang sama iaitu satu. Apa makna satu? Kenapa tiada jawapan lain daripada satu? Ini menunjukkan dalam kehidupan kita seharian walau apapun kita lakukan semuanya kerana Allah Yang Esa. Terpulang kepada kita untuk menghayatiny atau sebaliknya.

0 comments:

Catat Ulasan

Kalam anda