Cuti Sekolah Dan Kenduri

10 Disember 2009


Sekarang musim cuti sekolah akhir tahun. Aktiviti mengajar direhat buat sementara waktu, cuma mengisi hari-hari cuti dengan persiapan untuk persekolahan tahun depan. Ana bercuti di kampung rumah orang tua dekat Pendang. Di sana tiada kemudahan internet kecuali di CC aje. Oleh itu blog ini jarang dibuka jauh sekali untuk dikemaskini. Kesempatan hadir ke sekolah untuk bertugas di musim cuti ini dimafaatkan dengan mengisi apa yang patut di blog ini.
Musim cuti sekolah adalah sinonim dengan musim kenduri kahwin. Agaknya sudah menjadi budaya rakyat Malaysia mengadakan kenduri di waktu cuti persekolahan. Dalam tengah tahun dan hujung tahun, banyak sekali bunga manggar terpacak di persimpangan jalan, khususnya tiang-tiang lampu isyarat yang selalu jadi mangsa. Apa pun,musim ini juga la musim yang bertuah kerana tak perlu susah-susah masak atau beli masakan di kedai, dapat 'save' bajet dah sikit. Pun begitu dalam kita menghadiri kenduri pasang la niat betul-betul. Banyak yang akan dapat faedah lebih dari 10 pahala.
Antaranya niat ziarah,menyambung silaturahim,menyahut seruan,dan lain-lain. Jemput datang rumah kami untuk kenduri walimah adik ana. Pada 19.12.2009 ini hari Sabtu,di alamat No. 154 Kg. Batu Hampar Kanan, 06700 Pendang, Kedah.

0 comments:

Catat Ulasan

Kalam anda