Tahun 1431H dan 2010 M

31 Disember 2009


Masa yang berlalu sudah berlalu dan biarkan ia berlalu kerana yang akan lalu harus diberi laluan. Tahun yang bersilih ganti saban waktu akan sedikit sebanyak menyedarkan manusia yang segar akalnya akan kehilangan usia yang diperuntukkan di dunia ini. Dunia dah melambai kubur pun melambai. Dunia akan ditinggalkan kubur akan menjadi tempat tinggal, sementara menuju ke destinasi pasti yang bercabang dua. Di penghujung simpang itu pastinya tiada lampu isyarat lagi yang mengarahkan kita maju atau berhenti. Di sana kita yang ikut haluan sendiri dengan panduan-panduan yang telah diberikan sejak di awal perjalanan lagi, semasa di dunia.
Mungkin coretan ini tidak sesuai dan enak dibaca oleh orang yang sedang berseronok menyambut tahun baru Masehi 2010 di tempat-tempat kiraan "countdown" atau di rumah depan TV. Sedangkan ketika awal Muharram lalu tiada pun acara rancak seumpama yang berlaku ketika detik 12 tengah malam 1.1.'10. Kehairanan ini tidak perlu disangsikan lagi kerana hakikat sudah ada di depan mata.
Tinggal lagi bagi kita yang sedar iman, tepuk dada tanya iman di hati. Ke mana hendak membawa diri. Jalan bahagia yang dipilih dan dilalui atau jalan merana yang dipilih dan dilalui. Semoga kita selalu beringat. Oleh itu berilah laluan kepada yang ada di kanan anda.

0 comments:

Catat Ulasan

Kalam anda