Salam Awal Muharram - Ma'al Hijrah 1430H

29 Disember 2008


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Selamat meraikan tahun baru Islam - 1430 Hijriah Nabawiah. Sudah tentu ada di kalangan kita telah membuat refleksi setahun yang lalu, dengan bacaan Doa Akhir Tahun pada petang kelmarin. Dan selepas Maghrib pula disusuli dengan munajat Doa Awal Tahun yang sarat dengan pengharapan terhadap Allah. Jadi,apa yang diharapkan untuk tahun baru ini? Adalah janji-janji lama telah tertunai? Adakah azam-azam tahun lalu telah dilunasi? Tepuk dada tanya iman masing-masing.

Selamat Menyambut Tahun Baru 1430 Hijriah.

Renunganlah Sebelum Termenung

25 Disember 2008

Get more Islamic Comments
Get more Islamic Comments

Selamat bersua kembali setelah agak lama tidak "posting" blog ini. Sekarang masih berbaki cuti untuk beberapa hari lagi sebelum sesi baru bermula. Sudah tentu waktu yang berlalu telah menjadi kenangan yang tak akan kembali menjenguk untuk kali kedua. Yang pergi tetap pergi, yang akan datang  pasti datang dalam tempoh terdekat.

"كل ما آت هو آت وكل ما هو آت قريب"

Justeru, ana mengajak pembaca semua mengingati diri kita dan perbuatan kita yang telah tercatat dalam buku Raqid Atid. Teringat kepada sebuah sajak muhasabah diri yang dikirim oleh seorang sahabat maya, bunyinya begini :

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang - bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam & siang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang....

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?

Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur Kita bukannya panjang,
Pagi Kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang - sorang....

Apasal la aku malas sembahyang,
Siksa neraka Cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh
Halang!!!

Akhirul kalam, cuba kau renungkan, cuba kau fikirkan hari depan... Selamat beramaL sebagai bekaL untuk hari yang kekaL.

Selamat Hari Raya Aidil Adha

06 Disember 2008

Pagi ini ana mengupdate blog dari pusat servis PROTON di Alor Star. Ana datang sini untuk memeriksa keadaan kenderaan sebelum bertolak ke Kota Bharu pada hari raya ke-2 nanti.
Jadi kesempatan ruang yang ada ini ana sekeluarga ingin ucapkan SELAMAT MENYAMBUT IDUL ADHA 1429H kepada semua pengunjung blog ana.
Pada hari ini juga ada jemputan kenduri seorang sahabat iaitu Khairul Anuar b. Bahrin di rumahnya berdekatan hospital lama Alor Star yang kat tepi sungai tu. Tengah hari nanti ana akan pergi ke rumah pengantin.Insya Allah ana akan update apa-apa yang patut beberapa hari lagi.