Tahun Baru 2012

01 Januari 2012

Assalamualaikum.
Januari 2012 menyusul selepas tamat Disember 2011. Begitulah seterusnya yang akan berlangsung atas prinsip sunnah Allah sejak dijadikan. Ada seribu satu pengalaman baru yang bakal ditempuhi oleh semua yang hidup selagi bergelar hamba Allah di muka bumi. Azam dan persepsi apapun yang kita fikirkan atau kita letakkan pada pada tahun ini, biarlah ia sentiasa berlegar di bawah klausa "ibadat kepada Allah". Kerana kita hanya seorang hamba yang diutuskan ke dunia bukan untuk terus-menerus bertapak berakar di atas muka bumi ini. Tetapi semuanya pasti dan mesti menjelajahi alam-alam yang telah disediakan sejak azali hingga penghujung episod kehidupan realiti. Mudah-mudahan kita "kenderaan" yang kita tumpangi sekarang benar-benar membawa kita ke arah tujuan yang betul-betul kita kehendaki. Kalau tersalah laluan cepat-cepatlah berpatah balik ke jalan yang betul. Jalan para siddiqin dan solihin terdahulu, kini dan selamanya.
Wassalam.

0 comments:

Catat Ulasan

Kalam anda