Selamat Hari Guru

17 Mei 2012


Bulan Maulid Nabi

09 Februari 2012

Selamat Menghayati Maulidur Rasul S.A.W yang saban tahun kita raikan. Marilah kita memperbanyakkan mengingati Allah dan Rasul-Nya agar hidup kita ceria dan bahagia.

Doa senjata mukmin

18 Januari 2012

Assalamualaikum.
Awal tahun ini ramai yang mengalami masalah kesihatan. Sihat dan sakit adalah ketentuan dari Allah; ia berlaku dengan bersebab. Mungkin kerana faktor keliling kita seperti cuaca atau ada pembawa penyakit tertentu. Boleh jadi atas faktor dalaman diri kita yang kebetulan sistem pertahanan badan lemah, justeru mudah terkena penyakit.
Apapun situasi yang melanda kita, pastinya si sihat merasa selesa yang kadang-kadang melupakannya dari zikrullah sebagai tanda syukur. Dan pastinya juga si sakit tidak putus-putus mencari jalan untuk melegakan kesakitan dengan cara berubat di samping doa dan harapan pada Allah.
Jelas sekali, setiap kita sebagai muslim memiliki senjata masing-masing. Kalau ingin senjata yang tajam seharusnya ia diasah selalu. Oleh itu kita perlu sentiasa berdoa kepada Allah agar senjata kita benar-benar berguna ketika diperlukan.


ihsan/kredit:www.darussyifa.org

Tahun Baru 2012

01 Januari 2012

Assalamualaikum.
Januari 2012 menyusul selepas tamat Disember 2011. Begitulah seterusnya yang akan berlangsung atas prinsip sunnah Allah sejak dijadikan. Ada seribu satu pengalaman baru yang bakal ditempuhi oleh semua yang hidup selagi bergelar hamba Allah di muka bumi. Azam dan persepsi apapun yang kita fikirkan atau kita letakkan pada pada tahun ini, biarlah ia sentiasa berlegar di bawah klausa "ibadat kepada Allah". Kerana kita hanya seorang hamba yang diutuskan ke dunia bukan untuk terus-menerus bertapak berakar di atas muka bumi ini. Tetapi semuanya pasti dan mesti menjelajahi alam-alam yang telah disediakan sejak azali hingga penghujung episod kehidupan realiti. Mudah-mudahan kita "kenderaan" yang kita tumpangi sekarang benar-benar membawa kita ke arah tujuan yang betul-betul kita kehendaki. Kalau tersalah laluan cepat-cepatlah berpatah balik ke jalan yang betul. Jalan para siddiqin dan solihin terdahulu, kini dan selamanya.
Wassalam.