Salam Awal Muharram - Ma'al Hijrah 1430H

29 Disember 2008


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Selamat meraikan tahun baru Islam - 1430 Hijriah Nabawiah. Sudah tentu ada di kalangan kita telah membuat refleksi setahun yang lalu, dengan bacaan Doa Akhir Tahun pada petang kelmarin. Dan selepas Maghrib pula disusuli dengan munajat Doa Awal Tahun yang sarat dengan pengharapan terhadap Allah. Jadi,apa yang diharapkan untuk tahun baru ini? Adalah janji-janji lama telah tertunai? Adakah azam-azam tahun lalu telah dilunasi? Tepuk dada tanya iman masing-masing.

Selamat Menyambut Tahun Baru 1430 Hijriah.

Renunganlah Sebelum Termenung

25 Disember 2008

Get more Islamic Comments
Get more Islamic Comments

Selamat bersua kembali setelah agak lama tidak "posting" blog ini. Sekarang masih berbaki cuti untuk beberapa hari lagi sebelum sesi baru bermula. Sudah tentu waktu yang berlalu telah menjadi kenangan yang tak akan kembali menjenguk untuk kali kedua. Yang pergi tetap pergi, yang akan datang  pasti datang dalam tempoh terdekat.

"كل ما آت هو آت وكل ما هو آت قريب"

Justeru, ana mengajak pembaca semua mengingati diri kita dan perbuatan kita yang telah tercatat dalam buku Raqid Atid. Teringat kepada sebuah sajak muhasabah diri yang dikirim oleh seorang sahabat maya, bunyinya begini :

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang - bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam & siang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang....

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?

Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur Kita bukannya panjang,
Pagi Kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang - sorang....

Apasal la aku malas sembahyang,
Siksa neraka Cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh
Halang!!!

Akhirul kalam, cuba kau renungkan, cuba kau fikirkan hari depan... Selamat beramaL sebagai bekaL untuk hari yang kekaL.

Selamat Hari Raya Aidil Adha

06 Disember 2008

Pagi ini ana mengupdate blog dari pusat servis PROTON di Alor Star. Ana datang sini untuk memeriksa keadaan kenderaan sebelum bertolak ke Kota Bharu pada hari raya ke-2 nanti.
Jadi kesempatan ruang yang ada ini ana sekeluarga ingin ucapkan SELAMAT MENYAMBUT IDUL ADHA 1429H kepada semua pengunjung blog ana.
Pada hari ini juga ada jemputan kenduri seorang sahabat iaitu Khairul Anuar b. Bahrin di rumahnya berdekatan hospital lama Alor Star yang kat tepi sungai tu. Tengah hari nanti ana akan pergi ke rumah pengantin.Insya Allah ana akan update apa-apa yang patut beberapa hari lagi.

سيد الأيام

28 November 2008

Hari ini adalah penghulu segala hari yang penuh dengan keberkatan. Hari juga ana akan balik ke Pendang untuk beberapa hari kerana menghadiri kenduri sahabat di kawasan sana. Untuk itu juga ana tidak dapat mengemaskinikan blog ini bagi beberapa hari akan sunyi la blog ni. OK sehingga ketemu lagi di masa akan datang... إن شاء الله تعالى

Gajet baru

27 November 2008

Pada jam 3.30 petang tadi (26/11/08) kami sekeluarga menuju ke Sungai Petani atas beberapa urusan peribadi dan tak peribadi. Destinasi pertama disinggah ialah Al-Kafalah Takaful Agency di Taman Sejati.Ana membuat pembayaraan caruman bulanan takaful.Sebenarnya ana telah menghadapi banyak rintangan dalam proses pembayaran tersebut kerana faktor masa, geografi dan ekonomi.Justeru ana memohon untuk membuat pembayaran secara potongan gaji.Kerani di kaunter terus menyerahkan borang ANGKASA untuk menyelesaikan permasalahan ana itu.Harap-harap lepas ni tak perlu la lagi ulang-alik jauh-jauh semata-mata nak bayar caruman.
Destinasi kedua ialah..em banyak tempat la yang dituju hanya semata-mata nak cari satu benda saja, tu yang tertera kat topik di atas tu la.Gajet baru yang dimaksudkan adalah Digital Camera.Ya, kamera digital,kenapa tersenyum?Memang kami belum pun miliki walau sebuah kamera pun sebelum ni.Susah tak dak kamera ni masa sekarang.Ada peristiwa penting yang selalu terlepas tanpa dapat kita rakam atau ulang tayang lagi...rugi.Tapi lepas ni, insyallah, ada la rezeki.Ni dia rupa dia,tapi model ni yang ana beli warnanya merah.



Bersua kembali

24 November 2008


Seminggu tak sempat nak online sebab ana sekeluarga balik kampung di Pendang. Maklum la dah cuti sekolah kan. Sekarang ana di Kupang untuk giliran bertugas esok dan lusa di sekolah. Alhamdulillah komputer yang ana telah pasang dah lepas QC dan didapati OK. Harganya lebih kurang RM 1,450.00 termasuk printer dan pendrive 4GB. Boleh la Panitia PI & BA sekolah gunanya pada tahun depan. Ini la berkat perkongsian sesama GPI kami, team-work itu yang penting.

Tugasan dalam cuti

15 November 2008


11.45 malam. Petang tadi ana dan isteri hadiri jemputan kenduri walimah di Kg. Betong, dekat Jeneri Sik,Kedah.Lepas makan di sana, terus memandu ke Sungai Petani atas tujuan mencari "sebuah" komputer untuk kegunaan GPI dan GPI j-QAF sekolah ana. Ana pergi ke PC Depot depan Central Square(CS) sebab malas nak naik ke CS. Hasilnya selepas berbincang dengan jurujual di PC Depot,ana beli "sebuah" komputer yang belum siap. Malam ini la kena laksanakan tugasan dalam cuti ni. Mudah-mudahan esok siap boleh digunakan.

Sekadar renungan

14 November 2008


Kita hidup dalam genggaman Allah, justeru jangan lupa ingati-Nya. "Beribadatlah kamu seolah-olah kamu melihat Allah,jika tiada dapat melihat-Nya maka ketahuilah Dia melihatmu." -maksud hadis.

Hari terakhir

13 November 2008



Hari ini adalah hari terakhir persekolahan sesi 2008. Juga hari terakhir perkhemahan yang telah berlangsung selama 3 hari. Memang kalut-ribut dibuatnya sejak dari pagi tadi lagi. Nak uruskan aktiviti perkhemahan, budaya tutup sekolah dan pengumuman keputusan UPSR 2008. Syukur, 2 orang murid berjaya mendapat 5A dalam UPSR; Nor Afaf bt. Zainon dan Fatin Yusmiza bt. Mohd Yusof. Dua-dua orang ni anak 2 orang cikgu sekolah ana. Tahniah diucapkan kepada mereka dan keluarga mereka. Juga tak lupa kepada para guru yang telah mendidik mereka sehingga berjaya ke tahap itu.

Perkhemahan di sekolah.

12 November 2008

4.00 petang- Perkhemahan Badan Berunifom sekolah telah dimulakan. Program itu berlaku di padang SK Kg. KEDA yang disertai oleh 200 orang murid dari 4 unit berunifom; Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS), PBSM, Pergerakan Puteri Islam dan Pengakap.
Aktiviti pada petang tadi ialah memasang khemah iglu yang dibekalkan.Macam-macam masalah bila budak-budak yang buat kerja, ada yang patah besi tulang dan hilang perkakasan khemah. Ana tolong budak-budak pasang khemah lebih kurang 1 jam baru siap semuanya. Malam ni ana tak tidur di sana, sebab esoknya kena hadir sekolah pagi-pagi lagi, ye esok kan Hari Rabu!

Kerah tenaga

10 November 2008

3.00 petang tadi lokasi Kg. Sadek menjadi medan ana mengerah tenaga membanting tulang untuk mengumpul buluh. Hari esok sekolah akan adakan perkhemahan badan berunifom. Dan ade pertandingan membuat gajet, itu lah sebabnya kena ada buluh. Cantas-mencantas,kerat-mengerat dan angkat masuk dalam kereta. Lebih kurang sejam peluh membasahi baju dan seluar dapat lah hampir 50 batang buluh yang dah dipotong 1 meter. Letih juga lama dah tak keluarkan peluh. Nasib baik ada dua orang yang buat kerja. Kalau ramai lagi dapat banyak la...

p/s: buluh kat sini free aje.

Musim kenduri sudah bermula

08 November 2008

Jam 1 petang hari ini,ana bersama zaujah telah dijemput oleh keluarga Ust. Fazilah Zakaria di Permatang Tinggi,Pulau Pinang untuk majlis kenduri doa selamat. Kedua-dua orang tua ust. akan berangkat ke Mekah bagi musim haji tahun ini pada malam 17 November ini. Terima kasih kerana jemput kami, sedap gulai daging tu.
Jam 5.30 petang di satu tempat yang lain ana hadir ke kenduri walimatulurs di Bukit Raya Dalam, Pendang atas undangan sms rakan zaujah ana, nama arusah Ust. Sakinah. Baru balik dari Mansurah bulan Julai yang lepas. Sebelum sampai rumah pengantin,sempat singgah di Aneka, Gurun cari hadiah. Lepas makan terus balik ke rumah mak dekat Kg. Batu Hampar,Pendang.
Kini tiba lah saat-saat kemeriahan kenduri-kendara, makan-makan dan seumpamanya. Di mana-mana saja pada hujung minggu tentu ade saja khemah yang didirikan. Almaklum la rata-rata pakat ambil tarikh sempena cuti sekolah ni.

Kahwin juga sahabatku Kri

Kelmarin tak sempat nak update blog sebab sibuk ngan data j-QAF tu la. Pastu petang pula tunggu orang rumah balik dari Kelantan. Dekat-dekat Asar ade temujanji ngan teman setiaku (bakal pengantin masa tu), Syukri. Lepas solat Asar di Masjid Kg. Hangus,Pokok Pisang,Kupang majlis akad nikah dijalankan.
Steady je gaya Kri akad nikah,baca khutbah nikah sendiri pulak tu. Ana jadi juru gambar amatur "on the spot". Hentam saja asalkan gambar tu menjadi. Tapi sedih la muka sendiri tak ade, biasa la nasib seorang "cameraman" memang macam tu.
Lepas majlis di masjid, kami bertolak ke rumah pengantin perempuan tidak jauh dari situ.Makan-makan, amik gambar lebih-kurang, terus balik rumah sewa. Nak cepat sebab lepas Maghrib ade jemputan tahlil di rumah "my boss" Us. Rafae - Pegawai Khas j-QAF PPD Baling Sik.

Penat Mata Ngadap Screen

06 November 2008

Malam ni masih lagi berserabut otak menyusun data pelaporan j-QAF untuk PPD. Dah "import-export" dalam ePPD, tiba-tiba bila buat semakan jumlah taburan murid di bahagian Khatam Quran dan KBS jadi tak sekata. Waa...pening nak cari di mana kesilapan yang berlaku.
Ya Allah permudahkan usaha kami ini. Kena siap juga data tu sebelum Ahad ni untuk dibawa ke mesyuarat antara JLU Data di PPD Kulim Bandar Baru. My team pun tengah tungkus-lumus juga,dia lagi teruk mana nak fikir hari akad nikah petang Jumaat esok. Ujian...ujian.

Kem Literasi Al-Quran Zon Baling-Kuala Pegang

6 Nov.- Ana menghadiri Program KLAQ peringkat Zon Baling dan Kuala Pegang, bagi PPD Baling Sik. Ana ditugaskan sebagai fasilitator kepada 4 orang murid; Mohd Haiqal dariSK Syed Sheh, Abdul Qayyum dari SK Siong,Mohd Fitri dari SK Bandar dan Nor Fatihah dari SK Iboi.
Di akhir program yang dilaksanakan selama dua hari itu,Haiqal telah dapat menghabiskan bacaan buku Iqra' walhal dia bermula di Iqra' 3. ولله الحمد .

<<:: أهلا وسهلا Selamat Berkunjung::>>

Selamat berkunjung kepada pembaca yang budiman. Ini adalah hari pertama ana cipta blog, alhamdulillah. Semoga dapat berkongsi pengalaman dengan anda di sana.