Gerhana Matahari Separa 15 Januari 2010

14 Januari 2010



Selepas satu gerhana bulan yang telah berlaku pada awal Januari lalu esok ada satu lagi kejadian gerhana bakal direkodkan. Kita sebagai umat Islam disunatkan menunaikan solat gerhana apabila berlaku gerhana. Siapa yang belum pernah buat solat gerhana, ha, masa ni la nak cuba tunaikan solat yang unik itu. selamat beribadat.
Lihat dan baca keterangan lanjut tentang gerhana tersebut di laman ini. Sila klik link ini.

Tahun 1431H dan 2010 M

31 Disember 2009


Masa yang berlalu sudah berlalu dan biarkan ia berlalu kerana yang akan lalu harus diberi laluan. Tahun yang bersilih ganti saban waktu akan sedikit sebanyak menyedarkan manusia yang segar akalnya akan kehilangan usia yang diperuntukkan di dunia ini. Dunia dah melambai kubur pun melambai. Dunia akan ditinggalkan kubur akan menjadi tempat tinggal, sementara menuju ke destinasi pasti yang bercabang dua. Di penghujung simpang itu pastinya tiada lampu isyarat lagi yang mengarahkan kita maju atau berhenti. Di sana kita yang ikut haluan sendiri dengan panduan-panduan yang telah diberikan sejak di awal perjalanan lagi, semasa di dunia.
Mungkin coretan ini tidak sesuai dan enak dibaca oleh orang yang sedang berseronok menyambut tahun baru Masehi 2010 di tempat-tempat kiraan "countdown" atau di rumah depan TV. Sedangkan ketika awal Muharram lalu tiada pun acara rancak seumpama yang berlaku ketika detik 12 tengah malam 1.1.'10. Kehairanan ini tidak perlu disangsikan lagi kerana hakikat sudah ada di depan mata.
Tinggal lagi bagi kita yang sedar iman, tepuk dada tanya iman di hati. Ke mana hendak membawa diri. Jalan bahagia yang dipilih dan dilalui atau jalan merana yang dipilih dan dilalui. Semoga kita selalu beringat. Oleh itu berilah laluan kepada yang ada di kanan anda.

Cuti Sekolah Dan Kenduri

10 Disember 2009


Sekarang musim cuti sekolah akhir tahun. Aktiviti mengajar direhat buat sementara waktu, cuma mengisi hari-hari cuti dengan persiapan untuk persekolahan tahun depan. Ana bercuti di kampung rumah orang tua dekat Pendang. Di sana tiada kemudahan internet kecuali di CC aje. Oleh itu blog ini jarang dibuka jauh sekali untuk dikemaskini. Kesempatan hadir ke sekolah untuk bertugas di musim cuti ini dimafaatkan dengan mengisi apa yang patut di blog ini.
Musim cuti sekolah adalah sinonim dengan musim kenduri kahwin. Agaknya sudah menjadi budaya rakyat Malaysia mengadakan kenduri di waktu cuti persekolahan. Dalam tengah tahun dan hujung tahun, banyak sekali bunga manggar terpacak di persimpangan jalan, khususnya tiang-tiang lampu isyarat yang selalu jadi mangsa. Apa pun,musim ini juga la musim yang bertuah kerana tak perlu susah-susah masak atau beli masakan di kedai, dapat 'save' bajet dah sikit. Pun begitu dalam kita menghadiri kenduri pasang la niat betul-betul. Banyak yang akan dapat faedah lebih dari 10 pahala.
Antaranya niat ziarah,menyambung silaturahim,menyahut seruan,dan lain-lain. Jemput datang rumah kami untuk kenduri walimah adik ana. Pada 19.12.2009 ini hari Sabtu,di alamat No. 154 Kg. Batu Hampar Kanan, 06700 Pendang, Kedah.

Semua Kembali Kepada Allah Yang Satu

13 November 2009

Kita mengakui dalam i'tiqad aqidah ahli sunnah wal jamaah bahawa semua perkara adalah bersumberkan daripada Allah yang bersifat Wahdaniah. Dan setiap perkara itu akan kembali kepada Allah semula.
Cuba lihat salah satu contoh mudah dalam video di bawah:-


Musim Imtihan

12 November 2009

Selesai sudah peperiksaan akhir tahun di sekolah. Penyerahan markah pun sudah. Tiba pula giliran program-program hujung tahun. Memang cukup memeningkan kepala dan tenaga untuk dikerah. Ana kekadang pada minggu-minggu terakhir ini hanya beberapa hari je yang ada di sekolah. Selang beberapa hari kena ikut arahan pergi ke kursus itu ini. Maklumlah, masa pun dah nak habis mengaji dan nak tutup sekolah. Duit peruntukan perlu dihabiskan ke tahap yang disarankan. So, buat la apa pun sebab "saya yang menurut perintah".
Cerita pula hal MA, sekarang la masa imtihan akhir fasal 1. Kelmarin madah Tafsir, sebelum ini 7.11.09 ialah madah Tauhid. Ada lagi satu madah pada 16.11.09 iaitu madah Bahs al-Ilmi wa Kitabatuh.

Minggu Peperiksaan

26 Oktober 2009

Bermula Ahad 25 Oktober 2009 Peperiksaan Akhir Tahun dijalankan serentak untuk semua kelas. Peperiksaan ini akan berakhir pada 29 Oktober 2009.

Syawal Selepas Ramadhan

06 Oktober 2009


Selamat Hari Raya Idulfitri diucapkan kepada semua pengunjung blog. Rasanya ucapan itu patut ditaip beberapa minggu sebelum ini di sini. Namun apa yang tersurat dari Luh Mahfuz dah ditentukan bahawa masa ini barulah Lutfi dapat mengisi ruang blognya dengan perkataan seumpama itu.

Tika ini mungkin ada di kalangan sahabat yang telah selesai puasa enamnya, dan telah "beraya" kali kedua. Namun bagi yang belum sempat habisinya, macam ana, masih berbaki lagi beberapa hari dalam Syawal. Jadi, tanam niat dan genggam usaha untuk mendapat ganjaran pahala setahun berpuasa.

Dalam kesibukan meniti hari-hari di penghujung sesi persekolahan 2009 yang hanya tinggal +/- 50 hari lagi, tugas yang diamanahkan perlu dibereskan sebaik-baiknya. Antara perkara yang mengekori di belakang ana kini ialah kena buat Laporan SPPICTS KPM , Laporan Kem Literasi Al-Quran, Laporan Kerosakan Peralatan ICT sekolah dan Ujian PKSR BA 2009 dari tahun 1-4 murid j-QAF.

Di sini ana sertakan link untuk sahabat-sahabat guru j-QAF BA download soalan akhir tahun. Khas untuk perlaksanaan ujian PKSR Oktober ini. Ana dapat link ini dari www.j-qaf.net dan blog SK Bandar Rinching. Sila klik link ini. Wassalam.