Kita mengakui dalam i'tiqad aqidah ahli sunnah wal jamaah bahawa semua perkara adalah bersumberkan daripada Allah yang bersifat Wahdaniah. Dan setiap perkara itu akan kembali kepada Allah semula.
Cuba lihat salah satu contoh mudah dalam video di bawah:-
Selesai sudah peperiksaan akhir tahun di sekolah. Penyerahan markah pun sudah. Tiba pula giliran program-program hujung tahun. Memang cukup memeningkan kepala dan tenaga untuk dikerah. Ana kekadang pada minggu-minggu terakhir ini hanya beberapa hari je yang ada di sekolah. Selang beberapa hari kena ikut arahan pergi ke kursus itu ini. Maklumlah, masa pun dah nak habis mengaji dan nak tutup sekolah. Duit peruntukan perlu dihabiskan ke tahap yang disarankan. So, buat la apa pun sebab "saya yang menurut perintah".
Cerita pula hal MA, sekarang la masa imtihan akhir fasal 1. Kelmarin madah Tafsir, sebelum ini 7.11.09 ialah madah Tauhid. Ada lagi satu madah pada 16.11.09 iaitu madah Bahs al-Ilmi wa Kitabatuh.
Bermula Ahad 25 Oktober 2009 Peperiksaan Akhir Tahun dijalankan serentak untuk semua kelas. Peperiksaan ini akan berakhir pada 29 Oktober 2009.

Selamat Hari Raya Idulfitri diucapkan kepada semua pengunjung blog. Rasanya ucapan itu patut ditaip beberapa minggu sebelum ini di sini. Namun apa yang tersurat dari Luh Mahfuz dah ditentukan bahawa masa ini barulah Lutfi dapat mengisi ruang blognya dengan perkataan seumpama itu.
Tika ini mungkin ada di kalangan sahabat yang telah selesai puasa enamnya, dan telah "beraya" kali kedua. Namun bagi yang belum sempat habisinya, macam ana, masih berbaki lagi beberapa hari dalam Syawal. Jadi, tanam niat dan genggam usaha untuk mendapat ganjaran pahala setahun berpuasa.
Dalam kesibukan meniti hari-hari di penghujung sesi persekolahan 2009 yang hanya tinggal +/- 50 hari lagi, tugas yang diamanahkan perlu dibereskan sebaik-baiknya. Antara perkara yang mengekori di belakang ana kini ialah kena buat Laporan SPPICTS KPM , Laporan Kem Literasi Al-Quran, Laporan Kerosakan Peralatan ICT sekolah dan Ujian PKSR BA 2009 dari tahun 1-4 murid j-QAF.
Di sini ana sertakan link untuk sahabat-sahabat guru j-QAF BA download soalan akhir tahun. Khas untuk perlaksanaan ujian PKSR Oktober ini. Ana dapat link ini dari www.j-qaf.net dan blog SK Bandar Rinching. Sila klik link ini. Wassalam.

Berpuasa sehari dua ni terasa agak penat kerana cuaca panas berterusan. Sambil merehatkan diri selepas kelas Tasmik, selain menunggu isteri di perhentian bas pulang dari sekolah ana hidupkan radio di dalam kereta. Ana mempunyai satu celoteh untuk dikongsikan bersama pembaca. Celoteh yang akan ditulis di bawah ana dengar dalam siaran Radio Malaysia Kedah FM yang ke udara antara jam 1.30-2.30 ptg tadi, "live" daripada seorang ahli panel Forum Ramadhan di Surau INSANIAH. Ana nukilkan di sini mafhumnya saja, bukan riwayat secara mutawartir "harfan biharfin" ye. Sama-sama kita amati.
Celoteh satu :
Lokasi di Kedah. Ada seorang pakcik hairan apabila dia mendengar penceramah memberitahu bahawa Imam Syafie khatam al-Quran di bulan Ramadhan sebanyak 60 kali. Dia bertanya ustaz penceramah itu.
Ustaz : Jadi, pada bulan Ramadhan kita digalakkan memperbanyakkan baca al-Quran dan khatamkannya sebanyak yang kita mampu.
Pakcik : Ustaz, awat kena khatam banyak kali? Boleh ka?Sekali tak boleh ka?
Ustaz : Memang kena khatam banyak kali. Yang sekali tu khatan. Hak tu kena sekali ja la.
Pakcik : .....
Selamat Berpuasa dan Menghidupkan Ramadhan.
Labels: santai

Salam rahmat, keampunan dan kebebasan dari api neraka. Setiap kali bertemu Ramadhan pasti isi tulisan dan harakat qalbiah setiap sanubari Muslim akan berkisar tentang Ramadhan dan puasa. Hal ini dapat dibuktikan jika anda melawat blog-blog rakan-rakan Muslim di seluruh dunia pasti terdapat posting mengenai Ramadhan.
Dan ana juga tidak ingin melepaskan peluang keemasan kali ini. Cuma yang membezakan antara kita ialah persepsi tentang bulan puasa itu sendiri. Ana ingin bawa pembaca menghayati Ramadhan dari segi kemuliannya dan ketinggian martabatnya berbanding lain-lain bulan. Kemuliaan Ramadhan disaksikan oleh Quran ( rujuk al-baqarah : 183-186) dengan Nuzul Quran dan syari'at puasa. Ketinggian bulan ini disebut-sebut dalam beberapa hadith Nabi S.A.W. seperti maksud hadith: "Ramadhan di awalnya rahmat, di pertengahannya keampunan dan di akhirnya kebebasan daripada api neraka.". Cuba lihat karikatur di bawah yang tersurat dan tersirat.
Harga barangan di bulan Ramadhan."Kerana bulan ini tinggi (martabat) di sisi kita,
secara otomatik barangan pun kena naik harga juga la..!!"
Itu la antara senario setiap Ramadhan yang lepas-lepas. Tahun ni harap-harap harga barangan tidak la membebankan pengguna. Apa pun, kita perlu tinggikan kualiti amalan kita selain mengikhlaskan segalanya Lillahi Ta'ala.
Sesiapa puasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan berkualiti diampunkan
dosa-dosanya yang lepas.
Labels: tazkiroh
Sejak mula masuk kembali ke alam belajar secara formal, rasa macam diri ini disapa oleh keteringinan mendampingi kitab-kitab. Sekian lama juga kitab-kitab yang ada di almari menjadi khazanah ilmu fi sutur. Tiba masanya ana berteman dengan sahabat setia itu secara lebih kerap dan akrab.
Baru hari pertama ke kuliah pada Sabtu lepas sudah ada satu bahs yang terhutang selain satu lagi bahs tajuk terbaru -agak mafhumnya begini "Dalil-dalil penafian Allah mengambil ruang/keberadaan di suatu arah". Bermula dari detik ini, enjin otak perlu dipanaskan mencari maklumat. Tak kira daripada sumber turathi mahupun kontemporari.
Seronok kerana dapat merasai keenakan menuntut ilmu, selain itu diri juga rasa tercabar kerana kekangan masa dan geografi. Mana tidaknya, pusat pengajian di Alor Star sedangkan ana tinggal di nun pelusuk Baling. Namun menjadi harapan agar hati ni sentiasa bersemangat. Terima kasih diucapkan kepada suri hatiku yang memahami situasiku, juga Widad yang seolah-olah selalu memotivasikan diriku. Terima kasih jua kepada sahabat-sahabat yang terus-menerus mendoakan kami. Syukran wa jazakumullah khairan.


