Pada jam 3.30 petang tadi (26/11/08) kami sekeluarga menuju ke Sungai Petani atas beberapa urusan peribadi dan tak peribadi. Destinasi pertama disinggah ialah Al-Kafalah Takaful Agency di Taman Sejati.Ana membuat pembayaraan caruman bulanan takaful.Sebenarnya ana telah menghadapi banyak rintangan dalam proses pembayaran tersebut kerana faktor masa, geografi dan ekonomi.Justeru ana memohon untuk membuat pembayaran secara potongan gaji.Kerani di kaunter terus menyerahkan borang ANGKASA untuk menyelesaikan permasalahan ana itu.Harap-harap lepas ni tak perlu la lagi ulang-alik jauh-jauh semata-mata nak bayar caruman.
Destinasi kedua ialah..em banyak tempat la yang dituju hanya semata-mata nak cari satu benda saja, tu yang tertera kat topik di atas tu la.Gajet baru yang dimaksudkan adalah Digital Camera.Ya, kamera digital,kenapa tersenyum?Memang kami belum pun miliki walau sebuah kamera pun sebelum ni.Susah tak dak kamera ni masa sekarang.Ada peristiwa penting yang selalu terlepas tanpa dapat kita rakam atau ulang tayang lagi...rugi.Tapi lepas ni, insyallah, ada la rezeki.Ni dia rupa dia,tapi model ni yang ana beli warnanya merah.
Seminggu tak sempat nak online sebab ana sekeluarga balik kampung di Pendang. Maklum la dah cuti sekolah kan. Sekarang ana di Kupang untuk giliran bertugas esok dan lusa di sekolah. Alhamdulillah komputer yang ana telah pasang dah lepas QC dan didapati OK. Harganya lebih kurang RM 1,450.00 termasuk printer dan pendrive 4GB. Boleh la Panitia PI & BA sekolah gunanya pada tahun depan. Ini la berkat perkongsian sesama GPI kami, team-work itu yang penting.
11.45 malam. Petang tadi ana dan isteri hadiri jemputan kenduri walimah di Kg. Betong, dekat Jeneri Sik,Kedah.Lepas makan di sana, terus memandu ke Sungai Petani atas tujuan mencari "sebuah" komputer untuk kegunaan GPI dan GPI j-QAF sekolah ana. Ana pergi ke PC Depot depan Central Square(CS) sebab malas nak naik ke CS. Hasilnya selepas berbincang dengan jurujual di PC Depot,ana beli "sebuah" komputer yang belum siap. Malam ini la kena laksanakan tugasan dalam cuti ni. Mudah-mudahan esok siap boleh digunakan.
Kita hidup dalam genggaman Allah, justeru jangan lupa ingati-Nya. "Beribadatlah kamu seolah-olah kamu melihat Allah,jika tiada dapat melihat-Nya maka ketahuilah Dia melihatmu." -maksud hadis.
4.00 petang- Perkhemahan Badan Berunifom sekolah telah dimulakan. Program itu berlaku di padang SK Kg. KEDA yang disertai oleh 200 orang murid dari 4 unit berunifom; Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS), PBSM, Pergerakan Puteri Islam dan Pengakap.
Aktiviti pada petang tadi ialah memasang khemah iglu yang dibekalkan.Macam-macam masalah bila budak-budak yang buat kerja, ada yang patah besi tulang dan hilang perkakasan khemah. Ana tolong budak-budak pasang khemah lebih kurang 1 jam baru siap semuanya. Malam ni ana tak tidur di sana, sebab esoknya kena hadir sekolah pagi-pagi lagi, ye esok kan Hari Rabu!
3.00 petang tadi lokasi Kg. Sadek menjadi medan ana mengerah tenaga membanting tulang untuk mengumpul buluh. Hari esok sekolah akan adakan perkhemahan badan berunifom. Dan ade pertandingan membuat gajet, itu lah sebabnya kena ada buluh. Cantas-mencantas,kerat-mengerat dan angkat masuk dalam kereta. Lebih kurang sejam peluh membasahi baju dan seluar dapat lah hampir 50 batang buluh yang dah dipotong 1 meter. Letih juga lama dah tak keluarkan peluh. Nasib baik ada dua orang yang buat kerja. Kalau ramai lagi dapat banyak la...
p/s: buluh kat sini free aje.
Jam 1 petang hari ini,ana bersama zaujah telah dijemput oleh keluarga Ust. Fazilah Zakaria di Permatang Tinggi,Pulau Pinang untuk majlis kenduri doa selamat. Kedua-dua orang tua ust. akan berangkat ke Mekah bagi musim haji tahun ini pada malam 17 November ini. Terima kasih kerana jemput kami, sedap gulai daging tu.
Jam 5.30 petang di satu tempat yang lain ana hadir ke kenduri walimatulurs di Bukit Raya Dalam, Pendang atas undangan sms rakan zaujah ana, nama arusah Ust. Sakinah. Baru balik dari Mansurah bulan Julai yang lepas. Sebelum sampai rumah pengantin,sempat singgah di Aneka, Gurun cari hadiah. Lepas makan terus balik ke rumah mak dekat Kg. Batu Hampar,Pendang.
Kini tiba lah saat-saat kemeriahan kenduri-kendara, makan-makan dan seumpamanya. Di mana-mana saja pada hujung minggu tentu ade saja khemah yang didirikan. Almaklum la rata-rata pakat ambil tarikh sempena cuti sekolah ni.
Kelmarin tak sempat nak update blog sebab sibuk ngan data j-QAF tu la. Pastu petang pula tunggu orang rumah balik dari Kelantan. Dekat-dekat Asar ade temujanji ngan teman setiaku (bakal pengantin masa tu), Syukri. Lepas solat Asar di Masjid Kg. Hangus,Pokok Pisang,Kupang majlis akad nikah dijalankan.
Steady je gaya Kri akad nikah,baca khutbah nikah sendiri pulak tu. Ana jadi juru gambar amatur "on the spot". Hentam saja asalkan gambar tu menjadi. Tapi sedih la muka sendiri tak ade, biasa la nasib seorang "cameraman" memang macam tu.
Lepas majlis di masjid, kami bertolak ke rumah pengantin perempuan tidak jauh dari situ.Makan-makan, amik gambar lebih-kurang, terus balik rumah sewa. Nak cepat sebab lepas Maghrib ade jemputan tahlil di rumah "my boss" Us. Rafae - Pegawai Khas j-QAF PPD Baling Sik.
Malam ni masih lagi berserabut otak menyusun data pelaporan j-QAF untuk PPD. Dah "import-export" dalam ePPD, tiba-tiba bila buat semakan jumlah taburan murid di bahagian Khatam Quran dan KBS jadi tak sekata. Waa...pening nak cari di mana kesilapan yang berlaku.
Ya Allah permudahkan usaha kami ini. Kena siap juga data tu sebelum Ahad ni untuk dibawa ke mesyuarat antara JLU Data di PPD Kulim Bandar Baru. My team pun tengah tungkus-lumus juga,dia lagi teruk mana nak fikir hari akad nikah petang Jumaat esok. Ujian...ujian.
6 Nov.- Ana menghadiri Program KLAQ peringkat Zon Baling dan Kuala Pegang, bagi PPD Baling Sik. Ana ditugaskan sebagai fasilitator kepada 4 orang murid; Mohd Haiqal dariSK Syed Sheh, Abdul Qayyum dari SK Siong,Mohd Fitri dari SK Bandar dan Nor Fatihah dari SK Iboi.
Di akhir program yang dilaksanakan selama dua hari itu,Haiqal telah dapat menghabiskan bacaan buku Iqra' walhal dia bermula di Iqra' 3. ولله الحمد .
Selamat berkunjung kepada pembaca yang budiman. Ini adalah hari pertama ana cipta blog, alhamdulillah. Semoga dapat berkongsi pengalaman dengan anda di sana.