Selamat Hari Guru 16 Mei 2011.
Semoga bertambah kegigihan mencurah ilmu kepada insan yang akan menjadi insan sempurna.
Terima kasih kepada guruku kerana mendidikku menjadi apa yang ada sekarang.
Assalamualaikum.
Sudahkah anda senyum hari ini? Berapa kali anda senyum hari ini? Kerana senyum itu sedekah, marilah kita menyebarkan sedekah kepada sesama insan. Walaupun kita sakit tapi boleh lagi memberikan seyuman. Tapi awas, senyum ada batasannya ;-)
Sekian, wassalam.
Alhamdulillah. Hari ini berkesempatan dengan kekuatan yang Allah berikan dapat menggerakkan semula blog kaku sekian lama. Sebenarnya bukan kerana lama tak menjenguk blog ni, sekali-sekala buka juga. Tapi macam mana nak harapkan perubahan jika kita melakukan sesuatu sebab ia tak akan tertulis sendiri.
Teringat satu ungkapan bicara seorang yang berwibawa mengatakan, "Seseorang yang cerdik tidak akan mencipta apa-apa dengan otak cerdiknya jika dia sendiri tidak melakukan dengan tangannya(kudratnya)".
Kepada para sahabat yang sentiasa setia singgah blog ni ana ucapkan ahlan wasahlan. Eratkan ikatan ukhuwah kita melalui medium yang ada depan mata. Suburkan benih keimanan kita selalu dengan menyebut dengan lidah zikir-zikir asas yang biasa. Merasai rahmat dan nikmat ketika senang dan susah. Allah maana.
Mudah-mudahan kita bertemu di lain waktu dalam rahmat Allah.
Labels: tazkiroh

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Assalamualaikum.
Tahun 1431 Hijriah melabuh tirainya di penghujung Zulqaedah. Kini tiba sinar Muharram 1432H membawa cahaya ke segenap alam selagi belum berdiri qiamat.
Sempena tarikh Islam ini yang terselit erti pengorbanan yang besar diucapkan " selamat menyambut tahun hijri yang baru"
Antara pengisian yang biasa dilakukan ialah membaca doa akhir tahun dan awal tahun, seterusnya bacaan Yasin beramai-ramai. Amalan tersebut tiada salah jika dilakukan, cuma iktikad kita perlu betul bahawa tiada nas nyata yang menunjukkan Nabi SAW dan para sahabat melakukan demikian di masa itu.
Siapa yang nak berdoa atau baca al-Quran silakan, atas dasar umum semata-mata. Ini bermakna bukan salah jika kita membaca lafaz doa yang berlainan atau surah yang lain, atau tidak buat apa-apa langsung pun. Jangan pula ada yang menyalahkan pihak lain jika amalannya berbeza daripada apa yang terlazim. Bertolak-ansurlah dalam perpaduan Islam.
Mengapa tahun baru bermuala bulan Muharram?
Penetapan tarikh hijriah berlaku pada zaman Khalifah Umar al-Khottob, 17 tahun selepas peristiwa hijrah Nabi SAW. Sesiapa yang merujuk sirah Nabi SAW akan dapati tarikh sebenar hijrah baginda ialah 28 Rojab dari Makkah hingga 12 Rabiul Awwal tiba di Madinah. Jadi, mengapa tidak dimulakan pengiraan awal tahun hijriah dengan Rojab atau Robiul Awwal? Mengapa Muharram dipilih?
Jawapan: pada bulan Muharramlah bermulanya azam untuk berhijrah dari negeri yang tidak baik untuk perkembangan Islam (Makkah) ke sebuah tempat yang menjanjikan kemuliaan untuk Islam (Madinah-ketika itu Yathrib). Ianya bertitik tolak daripada perjumpaan di Aqobah antara Nabi SAW dengan rombongan penduduk Yathrib yang beriman. Dan ianya berlaku pada bulan Zulhijjah setelah kaum Arab selesai melakukan haji di Baitullah. Oleh itu, bulan Muharram menjadi titik tolak awal perpindah (hijrah) orang Islam ke Habsyah dan Yathrib. Kemudian barulah baginda SAW bersama Abu Bakar keluar berhijrah setelah kemuncak permusuhan Quraisy terhadap dakwah Islam.
Wallahu a'lam.
Labels: tazkiroh

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Assalamualaikum.
Mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
Selamat Hari Raya Idul Adha
kepada semua umat Islam satu dunia.
Juga ucapan selamat menunaikan ibadah haji kepada seluruh tetamu Allah di bumi Haramain.
حجا مبرورا وذنبا مغفورا وتجارة لن تبور
عساكم من العائدين والفائزين وكل عام وانتم إلى الله أقرب
Assalamualaikum.
Tanggal 1 Syawal menjelang lagi,
IdulFitri disambut gembira,
Terkenang Ramdhan yang telah pergi,
Sedih pula jiwa terasa.
Dalam keterpaksaan rela atau tidak, Ramadhan yang mulia tetap kena berlau memberi laluan bulan baru muncul. Sesetengah orang gembira pabila datang Syawal. Semuanya bergembira tapi jangan lupa kepada yang tiada apa.
Sesetengah orang masih bersedih kerana ditinggalkan kekasih mereka Ramadhan. Entah tahun depan bertemu lagi ke tidak. Bergembira kerana kemenangan melawan hawa nafsu sebulan, sedih kerana bulan yang banyak fadilat telah berlalu.
Apapun selamat hari raya IdulFitri.
Labels: santai
Hari ni adalah ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke-53. Disambut saban tahun tidak kira apa jua keadaan sama ada zaman ekonomi merudum, musim hujan atau bulan puasa. Bersemangat.
Apapun halnya, falsafah kemerdekaan perlu diterjemah dalam diri kita.Bukan kemerdekaan mutlak. Kita adalah hamba Allah yang merdeka dalam skop hamba, ada perkara yang kita boleh buat dan perlu jauhi. Itulah hakikat merdekanya seorang muslim sejati. Kita akan merdeka sebenarnya di hujung destinasi iaitu syurga Allah. Marilah kita mohon agar kita layak menjadi calon ahli syurga.







