Musim pengisian data j-QAF sudah bermula. Tahun ini proses mengisi data dijalankan seperti tahun-tahun lepas dari segi format dan masa. Harap-harap kali ini tak buat kepala kita pening lagi dek terkapai-kapai di depan screen komputer atau laptop.
Perkembangan selanjutnya akan menyusul...
Labels: j-QAF




Hari ini 16 Mei merupakan hari guru yang disambut oleh warga pendidik saban tahun. Hari guru sebenarnya perlu diraikan oleh seluruh umat manusia. Kerana apa? Kerana setiap manusia yang dilahirkan seawal usia bayi sehingga tua bongkok 7 pasti pernah mendapat didikan dan asuhan daripada insan bergelar GURU.
Oleh itu, marilah kita sama-sama mengenang balik masa lalu. Berdirinya kita di atas pentas kemewahan, duduknya kita di atas kerusi empuk dan macam-macam lagi keadaan kita, ingatlah semua itu bermula daripada tidak tahu kepada tahu. Daripada lidah seorang guru ilmunya melimpah. Daripada rotannya kasihnya dicurah.
Ana doakan kepada semua guru ana yang masih hidup mahupun yang telah meninggal pergi ke alam baqa' semoga Allah memberkati diri kalian dan menjadikan amalan mulia kalian sebagai "ilmun yuntafa'u bihi" ( علم ينتفع به ) yang ia saham yang tidak putus-putus pahalanya dari dunia ke alam akhirat.
GURUKU JASAMU KU KENANG.
Salam kembali kepada hamba Allah yang mengirim salam kepada kami dengan lafaz " Waalaikumussalam ". Terima kasih dan selamat menatap gaya si kecil ini.








Ketika blog ini ditulis ana berada di rumah berdepan PC yang masih terbuka penutup tepinya dengan wayar yang berserabut kat dalamnya. Sedang menguji kestabilan perkakasan yang baru dibeli kelmarin kat Central Square Sungai Petani.
Antara benda yang dibeli pada permulaan masuk kedai komputer; Mainboard Biostar P4M800 PRO-M7 (160.00), A-Data 1Gb. DDR2 667 (49.00), Rambo P4 Prescott ATX PSU (45.00) dan Wireless USB Adaptor beli kat kedai lain (58.00). Siap dapat barang ana minta juru jual tu test ngan Processor Intel P4 yang ana bawa sekali. Tiba-tiba kipasnya buat hal la pulak, tak hidup. Kena beli kipas satu lagi jenis Alpha LGA 775 Fan (40.00). Kira-kira duit semua dalam RM 294.00 di kedai tu saja. Tambah yang kedai satu lagi jadi la hampir RM350.00 juga modal yang dikeluarkan.
Apa pun syukur alhamdulillah la, dapat juga online internet malam ni. OK ini dia rupanya:-

Alhamdulillah sejak sekian waktu blog ana tak ter-update. Antara halangan yang dilalui ialah kesibukan dengan tugasan semasa ditambah pula baru2 ini suatu kejadian tak diduga telah berlaku. Dalam cuaca hujan lebat kilat sabung-menyabung pada suatu petang, tiba2 "PANG!!!" bunyi kuat akibat kilat telah merosakkan rangkaian komputer & USB Wireless Adaptor yang ana guna ketika itu...habis rosak.
Ana telah memulakan siasatan dan dapati PC mengalami kerosakan pada Power Supply dan Motherbord (ASUS). Satu lagi ialah USB Wireless Adaptor tu la. Anggaran belanja yang diperlukan ialah RM 270.00 lebih kurang. Setakat tulisan ini ditaip, komputer di rumah masih tersadai di bilik. Masa ni ana online internet di sekolah je.
Sementara itu, puteri ana sorang tu semakin hari semakin ceria. Sudah pandai senyum dan beri respon yang aktif. Minum susu ibu je, susu formula tak berapa suka nampaknya. Setiap hari mesti terdengar suara manjanya ataupun suara tangisan yang merdu,hehe. Baru tau ada anak tu macam mana rasanya. Mudah-mudahan dia menjadi seorang anak yang solehah sebagai penyejuk hati ibu bapa.
Rasanya setakat ini dulu bual bicara sepi blog. Jumpa lagi dalam masa yang diizinkan Allah. ;)
Setelah sekian waktu menanti kehadirannya dia muncul jua. 25/2/2009 jam 11.41 malam di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani Kedah. Tarikh itu bersamaan 1 Rabiul Awal 1430 Hijriah...bulan Maulidur Rasul kita. Syukur pada Allah kerana memberi anugerah ini.
Maaf kerana buat anda ternanti-nanti kemunculan wajahnya di layar blog ni. Ini lah dia permata hati kami sekeluarga...
Ade lagi...




Masuk sikit-sikit dulu. Nak tengok lagi datang la ke rumah... :-)
Jam 4.00 petang tadi telah berlangsung acara sukantara yang melibatkan Rumah Kuning dan Rumah Merah. Tiga acara sukan dilangsungkan seperti larian, lontar peluru dan lompat jauh. Dalam perkiraan kasar, Rumah Kuning sedang mendahului kutipan mata. Hal ini dibantu oleh kehadiran peserta rumah yang lebih ramai daripada Rumah Merah.
Mari kita lihat aksi-aksi murid SK Kampong KEDA ketika bahang panas mentari.


