Pada jam 3.30 petang tadi (26/11/08) kami sekeluarga menuju ke Sungai Petani atas beberapa urusan peribadi dan tak peribadi. Destinasi pertama disinggah ialah Al-Kafalah Takaful Agency di Taman Sejati.Ana membuat pembayaraan caruman bulanan takaful.Sebenarnya ana telah menghadapi banyak rintangan dalam proses pembayaran tersebut kerana faktor masa, geografi dan ekonomi.Justeru ana memohon untuk membuat pembayaran secara potongan gaji.Kerani di kaunter terus menyerahkan borang ANGKASA untuk menyelesaikan permasalahan ana itu.Harap-harap lepas ni tak perlu la lagi ulang-alik jauh-jauh semata-mata nak bayar caruman.
Destinasi kedua ialah..em banyak tempat la yang dituju hanya semata-mata nak cari satu benda saja, tu yang tertera kat topik di atas tu la.Gajet baru yang dimaksudkan adalah Digital Camera.Ya, kamera digital,kenapa tersenyum?Memang kami belum pun miliki walau sebuah kamera pun sebelum ni.Susah tak dak kamera ni masa sekarang.Ada peristiwa penting yang selalu terlepas tanpa dapat kita rakam atau ulang tayang lagi...rugi.Tapi lepas ni, insyallah, ada la rezeki.Ni dia rupa dia,tapi model ni yang ana beli warnanya merah.




Seminggu tak sempat nak online sebab ana sekeluarga balik kampung di Pendang. Maklum la dah cuti sekolah kan. Sekarang ana di Kupang untuk giliran bertugas esok dan lusa di sekolah. Alhamdulillah komputer yang ana telah pasang dah lepas QC dan didapati OK. Harganya lebih kurang RM 1,450.00 termasuk printer dan pendrive 4GB. Boleh la Panitia PI & BA sekolah gunanya pada tahun depan. Ini la berkat perkongsian sesama GPI kami, team-work itu yang penting.

11.45 malam. Petang tadi ana dan isteri hadiri jemputan kenduri walimah di Kg. Betong, dekat Jeneri Sik,Kedah.Lepas makan di sana, terus memandu ke Sungai Petani atas tujuan mencari "sebuah" komputer untuk kegunaan GPI dan GPI j-QAF sekolah ana. Ana pergi ke PC Depot depan Central Square(CS) sebab malas nak naik ke CS. Hasilnya selepas berbincang dengan jurujual di PC Depot,ana beli "sebuah" komputer yang belum siap. Malam ini la kena laksanakan tugasan dalam cuti ni. Mudah-mudahan esok siap boleh digunakan.
Kita hidup dalam genggaman Allah, justeru jangan lupa ingati-Nya. "Beribadatlah kamu seolah-olah kamu melihat Allah,jika tiada dapat melihat-Nya maka ketahuilah Dia melihatmu." -maksud hadis.
4.00 petang- Perkhemahan Badan Berunifom sekolah telah dimulakan. Program itu berlaku di padang SK Kg. KEDA yang disertai oleh 200 orang murid dari 4 unit berunifom; Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS), PBSM, Pergerakan Puteri Islam dan Pengakap.
Aktiviti pada petang tadi ialah memasang khemah iglu yang dibekalkan.Macam-macam masalah bila budak-budak yang buat kerja, ada yang patah besi tulang dan hilang perkakasan khemah. Ana tolong budak-budak pasang khemah lebih kurang 1 jam baru siap semuanya. Malam ni ana tak tidur di sana, sebab esoknya kena hadir sekolah pagi-pagi lagi, ye esok kan Hari Rabu!



