Assalamualaikum.
Januari 2012 menyusul selepas tamat Disember 2011. Begitulah seterusnya yang akan berlangsung atas prinsip sunnah Allah sejak dijadikan. Ada seribu satu pengalaman baru yang bakal ditempuhi oleh semua yang hidup selagi bergelar hamba Allah di muka bumi. Azam dan persepsi apapun yang kita fikirkan atau kita letakkan pada pada tahun ini, biarlah ia sentiasa berlegar di bawah klausa "ibadat kepada Allah". Kerana kita hanya seorang hamba yang diutuskan ke dunia bukan untuk terus-menerus bertapak berakar di atas muka bumi ini. Tetapi semuanya pasti dan mesti menjelajahi alam-alam yang telah disediakan sejak azali hingga penghujung episod kehidupan realiti. Mudah-mudahan kita "kenderaan" yang kita tumpangi sekarang benar-benar membawa kita ke arah tujuan yang betul-betul kita kehendaki. Kalau tersalah laluan cepat-cepatlah berpatah balik ke jalan yang betul. Jalan para siddiqin dan solihin terdahulu, kini dan selamanya.
Wassalam.
Labels: tazkiroh
Sempena kedatangan 10 Zulhijjah 1432H ini ana mengucapkan
"Selamat Menyambut Hari Raya Korban"
عيد الأضحى
Semoga bertambah keberkata hidup kita semua dengan amalan korban .
Labels: tazkiroh
Assalamualaikum
Kepada rakan-rakan guru yang ingin dapatkan markah Peperiksaan Akhir Tahun 2011 bagi Bahasa Arab, sila download di pautan berikut. Sila pilih nama kelas anda yang berkenaan.
Link download klik sini Markah BA Akhir Tahun 2011
Maaf atas segala kesulitan yang dihadapi.
Sekian terima kasih.
Labels: j-QAF
Antara program-program besar di sekolah (selepas UPSR dan peperiksaan akhir tahun) ialah Majlis Khatam Quran Murid Tahun 6, Kem Bestari Solat Perdana, Kem Aqil Baligh, Kem Pintar Jawi serta kegiatan sukan.
Manakala program yang terlibat di luar sekolah pula antaranya Kem Literasi al-Quran Daerah, Mahrajan & Majlis Khatam Quran Daerah serta Kem Bina Juara. Tidak lupa juga diri ini telah diamanahkan untuk melakukan tugasan berat iaitu pengumpul data Daerah.
Sebut pasal data pelaporan j-QAF ni, siapa belum cuba belum tahu. Saban tahun para guru j-QAF "bermandi peluh" bermain dengan data pelaporan, kerana semuanya "tiba-tiba" dan "last minit" belaka. Ini memerlukan usaha jitu dan semangat kental wirawan j-QAF untuk menghadapi gelombang arus data pelaporan. Apapun masalah yang dihadapi kita perlu terima sebagai cabaran hidup dan perangsang untuk kita terus maju jaya dalam kerjaya dan hidup.
Terima kasih ana ucapkan kepada para sahabat j-QAF Baling Sik yang sentiasa memberi komitmen yang tinggi dalam menjayakan pengumpulan data e-pelaporan j-QAF. Selama wujudnya data itu sehingga ke saat ini, kita sama-sama membelah danau onak berduri untuk sampai ke tahap sekarang. Mari kita teruskan bakti kepada anak-anak bangsa Muslim demi agama tercinta.
Sekian, terima kasih.
Bulan Syawal masih ada jadi 'mood' raya masih terasa. Dalam betugas kita beraya bersama menuju ke jalan mulia. Memang aura beraya ada lagi walaupun tahun ini terasa 'sat' sangat beraya kunjung-mengunjung rumah saudara san sahabat.
Apapun keadaannya pada kali ini, semua itu tidak menjadi halangan bagi kita yang bergelar khalifah Allah di muka bumi. Walau apa yang melanda tugas perlu diutamakan. Kepentingan umum perlu didahulukan.
Sekian coretan kali ini.
Assalamualaikum.
Selamat Hari Raya Idulfitri 1432 H. Semoga Allah menerima amalan kita yang telah dilakukan sepanjang Ramadhan lalu. Mudah-mudahan kita tergolong dalam kalangan orang yang diterima taubat dan amalan. Justeru kita keluar dari madrasah Ramadhan seperti diri kita dilahir ketika bayi yang bersih tiada dosa.
Syawal ini kita mantapkan dengan puasa enam hari dan amalan sunat yang lain. Moga-moga kebajikan sentiasa bersama kita seterusnya.
Assalamualaikum dan salam ramadhan 1432H.
Masuk hari kelapan kita berpuasa, cabaran tetap diharungi seadanya. Makan sahur ala-selera, buka puasa setakat ni masih boleh kekalkan rekod tak beli lauk masak siap dari bazar Ramadhan atau restoran. Isteri yang rajin memasak juadah berbuka, alhamdulillah.
Hari ini semasa entri ini ditaip, ana berada di PKG Sg. Limau, Yan, Kedah. Satu mesyuarat semakan data e-Laporan j-QAF peringkat negeri diadakan bagi menyelaras data daerah dan negeri mengikut format terkini. Versi terkini Esekolah ialah versi 11.4 boleh download di link ini.
Selamat menjalani ibadat puasa dan tunggu kegembiraan anda nanti.




